Melayu jangan selesa biarpun hak terjamin

DASAR kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu amat jelas iaitu memastikan pengagihan kek ekonomi di kalangan rakyat berlangsung secara seimbang.

Begitu juga dalam hal mengetengahkan agenda pembangunan. Ia mengambil kira keperluan pelbagai lapisan rakyat sama ada yang tinggal di bandar-bandar mahupun di ceruk pedalaman.

Paling penting keseimbangan dari sudut politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat majmuk di negara yang bernama Malaysia ini tidak mengenal kaum.

Jika kerajaan berusaha memajukan kaum Melayu, maka usaha yang sama turut digunakan untuk melonjakkan kedudukan kaum Cina dan India di negara ini.

Sebab itu ketika Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal, biarpun ia dilihat oleh banyak pihak bertujuan membantu bumiputera semata-mata, namun jangkauannya lebih daripada itu.

DEB diperkenalkan dengan harapan agar tiada mana-mana kaum terpinggir daripada arus pembangunan, malah ia disifatkan sebagai satu agenda nasional yang menyeluruh.

Semestinya dasar seumpama itu juga diwujudkan untuk menghapuskan rasa cemburu berbilang kaum berasaskan kepada pentakrifan ekonomi.

Dalam hal-hal pendidikan misalnya, kerajaan juga tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum. Kesemua rakyat Malaysia mendapat hak serta layanan sama rata.

Hakikatnya, DEB banyak melindungi rakyat Malaysia daripada terjebak ke dalam perbalahan antara kaum. Ini kerana dengan adanya dasar seumpama itu jelas menunjukkan bahawa tiada siapa yang merampas hak siapa.

Juga tiada siapa yang perlu berasa kurang selamat jika kerajaan kelihatan ‘seolah-olah’ terlebih memberi tumpuan kepada kumpulan yang satu lagi.

Pendek kata, jika kerajaan memberi bantuan kepada kaum-kaum lain, itu tidak bermakna hak dan kepentingan orang Melayu akan terjejas, jauh sekali bangsa Melayu akan terpinggir.

Sebab itu apabila Perdana Menteri memberi jaminan seumpama itu, semua pihak mesti faham. Bagaimanapun kefahaman itu tidak boleh disertai dengan rasa selesa kerana hakikatnya cabaran di luar sana lebih besar dan bakal menentukan jatuh bangun bangsa Melayu biarpun sekukuh mana jaminan yang diberi.

Biarpun ada jaminan bahawa orang Melayu akan terus dibantu, namun pemikiran bangsa itu mesti diubah supaya tidak terlalu bergantung kepada ‘jaring keselamatan’ sedia ada.

Sudah tiba masanya orang Melayu berusaha dan membuktikan usaha gigih mereka membuahkan hasil sehingga dapat membuka mata kaum lain.

Sikap terlalu bergantung atau selalu menyalahgunakan peluang yang diberi seharusnya dihentikan.

Orang Melayu perlu sentiasa ke depan dan mengatur langkah sendiri untuk menyahut cabaran global yang akan menidakkan sebarang bentuk jaminan yang ada.

 forum

Jangan biar Mini Jakarta, Little Nepal rosak imej KL

SEOLAH-OLAH menjadi kelaziman pada setiap kali cuti umum dan cuti perayaan, beberapa tempat tumpuan pelancong di Kuala Lumpur akan dibanjiri oleh puluhan ribu pendatang asing. Ramai melihat situasi ini dari sudut yang negatif sahaja. Bagaimanapun pada pendapat saya sebenarnya kebanjiran pendatang ini ada pro dan kontranya tersendiri.

Sebenarnya pendatang asing ini mampu menjadi duta kecil bagi mempromosikan negara sebagai sebuah destinasi pelancongan apabila mereka pulang ke negara masing-masing kelak. Ini sejajar dengan hasrat kementerian yang menyasarkan 60 peratus pelancong asing adalah terdiri daripada kalangan negara Asia.

Sungguhpun begitu, lautan pendatang asing yang membanjiri beberapa lokasi ibu negara seperti di KLCC, Puduraya, Medan Pasar dan sebagainya akan memberi kesan negatif jika tidak dikawal dengan sewajarnya terutama kesannya terhadap imej negara.

Ramai sudah maklum sikap pendatang ini yang kebanyakannya pengotor, selekeh dan menjadikan Kuala Lumpur tidak ubah seperti kampung halaman mereka sendiri.

Jika tidak percaya lihat sajalah kawasan Chow Kit dan Medan Pasar (berhampiran Puduraya) yang telah sekian lama menjadi igauan ngeri warga kota disebabkan ramainya pendatang di sini sehinggakan masing-masing digelar dengan nama Mini Jakarta dan Little Nepal.

Di samping terkenal dengan kesibukannya, lokasi tersebut juga terkenal dengan lautan sampah-sarap yang amat menyakitkan mata memandang.

Nisbah jumlah orang ramai dan tong sampah yang tidak mencukupi juga memburukkan lagi keadaan, natijahnya mereka dengan sesuka hati melambakkan sampah-sarap di tepi kaki lima sehingga mewujudkan suasana yang amat menjijikkan. Mereka tidak kisah membuang sampah-sarap di merata-rata tempat kerana bagi mereka, ini bukanlah negara mereka yang harus dijaga tahap kebersihannya, maka tidak keterlaluan jika dikatakan Kuala Lumpur kotor kerana pendatang asing.

Bayangkan imej Kuala Lumpur di mata pelancong asing yang akan beranggapan ibu negara hanya bersih di tempat-tempat tumpuan pelancong sahaja tetapi tidak di tempat bukan tumpuan mereka, ini amatlah mendukacitakan.

Kebanjiran pendatang pada setiap kali cuti umum mengundang pelbagai masalah. Lihat saja gelagat mereka di KLCC yang sangat menjengkelkan. Mereka memijak pokok bunga, membuang sampah, meludah di merata tempat dan berkelakuan tidak senonoh sehinggakan menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada penduduk tempatan dan pelancong.

Seharusnya, pihak DBKL mendenda mereka yang melakukan kesalahan tersebut dan DBKL juga sepatutnya mendirikan papan amaran sementara (yang menggunakan bahasa pendatang dan Inggeris) di tempat tumpuan mereka ini yang melarang mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Papan amaran ini juga mampu menjadi sumber untuk menjelaskan kepada pelancong yang mungkin tertanya-tanya akan kebanjiran manusia yang luar biasa ini secara tiba-tiba.

Di samping itu, anggota polis juga perlu dikerah untuk membuat pemantauan agar tindak-tanduk mereka lebih terkawal dan tiada lagi kejadian tidak diingini berlaku seperti pergaduhan antara kumpulan pendatang dari Indonesia pada malam ambang merdeka dahulu.

Isnin baru-baru ini saya pergi Seremban kerana ada kerja….He3x saya ikut wartawan Kosmo.Saya ikut dia buat liputan tentang pilihanraya kat bangunan Wisma Persekutuan..Ok la.Nama wartawan yang saya ikut tu Rais Yeop..Hem lepas saya pergi cari berita, sampai ofis Kosmo saya kena buat berita..Biasala banyak la silapnya berita saya…Lagipun saya budak baru belajar..Okey la dah malam ni, saya nak rehat dulu.Jumpa lagi ye…Bye2….

Satu lagi berita yang menggemparkan negara selepas pembunuhan adik Nurin Jazlin iaitu kehilangan adik Sharlinie. Di mana adik Sharlinie berada? Siapakah yang bertanggunjawab dalam hal ini? Mengapakah kes kehilangan kanak-kanak semakin berleluasa? Di mana kesedaran rakyat Malaysia yang sewenang-wenangnya melakukan jenayah tanpa mempedulikan undang-undang negara….Tidak kasihankah kepada ibu-bapa dan keluarga Sharlinie? Mereka setiap hari berendam air mata mengharapkan kepulangan adik Sharlinie….Apakah dosa adik Sharlinie dan keluarganya hingga mereka diperlakukan begitu? Kepada semua ibu-bapa diharapkan dapat menjaga keselamatan anak mereka dan memantau aktiviti anak-anak mereka…Kepada pihak berkuasa juga diharapkan dapat memberkas penjenayah-penjenayah yang berani melakukan jenayah sewenang-wenangnya…Kepada keluarga adik Sharlinie, semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah Taala…

Salam seme….Khamis baru ni saya gi forum ilmiah sempena ICEP…hE2X kena cover berita pasal ICEP..Sampai kat stadium, g la duduk kat kerusi baris kedua dari depan. Semangat nak cover berita ni…Penceramah malam tu best sangat2. Epy la dengar diorang cakap…Sapa yang tak kenal Madam Nik Salida,Ustaz Irwan, pensyarah dari FSU..Pastu panel jemputan pun hebat gak, Ustaz Fauzi dari Al-Kulliah tv 3 tu…Diorang memang sporting la….Tajuk forum pun best pasal percintaan kat kampus, “siapa di hatimu”…Best kan tajuk tu…Ramai gak student datang…besela, tajuk kesukaan ramai..Lepas abis forum tu, g jalan2 kat gerai ICEP…Banyak gak gerai kat stadium tu….Rambang mata nak pilih barang tapi tahan je perasaan ni…He3x…… Pe-pe pun, forum malam tu memang best….

Alamak rasa nak nangis lak aku baca tajuk post nie..Tapi memang hakikat hidup kan, kita akan menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup kita..Tu tandanya Allah sayangkan kita sebab tu Allah bagi kita cabaran….Pe-pe pun kita tak tau, orang lain lagi berat dugaan mereka dari kita ni…Contohnya kat negara Lubnan, orang-orang kat sana tiap-tiap hari kena tembak, ada yang hilang tempat tinggal, tak cukup makanan, tak aman tuk menunaikan solat kerana apa?……….kerana kat negara mereka selalu ada perang..Em, sepatutnya kita kat Malaysia ni bersyukur sangat-sangat coz kita takde perang2 ni…Alhamdulillah..Tapi kita tak leh la lepas tangan biarkan mereka sengsara kat sana..Kita pun kena tolong mereka. K la saya pun tak nak cakap panjang-panjang nanti kawan2 bosan lak baca blog saya…Pe-pe pun pe yabg berlaku ada hikmahnya..K wassalam.

Gambar kucing nie saya amik kat laman web radio Era…..Comel tak?

kucin beger

Pertama kali saya menulis di dalam blog ini. Rasa segan gak nak tulis sesuatu kat sini,maklumlah saya tak kreatif. Tapi saya try la buat blog saya cantik cam orang lain. k tq yer.

« Previous Page