Noor Azwati Mohd Mustaffa/ 17 Feb 2008 

ICEPS 2008 MERIAH

 USIM- Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS 2008) berlangsung selama empat hari di Stadium Tertutup Nilai. Konvensyen ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar FEM tahun empat USIM.

 ICEPS pada tahun ini lebih meriah dan lebih banyak penyertaan dari pihak luar berbanding dari ICEPS tahun-tahun yang lepas. Pengisian program sepanjang ICEPS 08 juga sangat menarik. Antara program yang diadakan ialah jualan ekspo, forum ilmiah, pertandingan tilawah inter-fakulti USIM, pertandingan nasyid terbuka antara sekolah menengah, sukaneka, Moto Show pelajar USIM, konsert “Gema Alam” dan banyak lagi.  

Menurut Prof Dr Hajah Mustafa Mohd Hanefah, Dekan FEM berkata, “ICEPS pada tahun ini sangat meriah berbanding dari tahun-tahun yang sudah. Penyertaan gerai pada tahun ini juga bertambah. Saya mendapat tahu, sebanyak 140 gerai dari pelajar USIM dan pihak luar telah didirikan.” 

Tambah beliau lagi, “ICEPS ini merupakan program wajib bagi pelajar tahun akhir FEM dan mereka semua akan dinilai berdasarkan markah individu. Ini bermakna setiap pelajar akan mendapat markah masing-masing berpandukan kerja yang mereka lakukan.” 

“Harapan saya ialah semoga semua pelajar FEM tahun akhir ini berjaya menganjurkan konvensyen ICEPS 08. Diharapkan juga pelajar-pelajar lain dapat mengambil ilmu dan mempelajari sesuatu yang positif dari konvensyen ini,” katanya.

 Menurut Khairul Amri Mustaffa, 23, pelajar dari fakulti FKP berkata, ”program seperti ICEPS ini sangat bagus diadakan. Tambahan lagi ianya mendapat tajaan dari syarikat besar seperti Karangkraf. Tahniah kepada pelajar FEM kerana berjaya menganjurkan program ICEPS ini.” 

 Majlis perasmian penutup Konvensyen Keusahawanan Islam ICEPS 2008 ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Utama Muhammad bin Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.  

Setelah berlangsungnya konvensyen ini selama empat hari, ternyata program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang. 

 ###ends